Pelancaran dengan kerjasama Wanita Barisan Nasional, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman. Ketika berucap melancarkan program berkenaan, Musa menyeru kepada semua Ketua UMNO Bahagian di negeri Sabah agar membantu Wanita UMNO menggerak Bancian Sikap pengundi bagi mengesan dan menyelesaikan isu rakyat dalam misi menawan semua 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 Parlimen pada Pilihan Raya UMUM ke-13.
Katanya, program itu antara lain bertujuan untuk menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan salah satu alternatif untuk orang ramai menyertai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah, YB Senator Datuk Armani Haji Mahiruddin, berkata Program Jalinan Rakyat dan Skuad Sayang itu mencerminkan komitmen jitu Wanita UMNO untuk terus menggalas tugas sebagai sebuah sayap penting bagi menentukan kemenangan Barisan Nasional dari dahulu sehinggalah kini.Jelas beliau, gerak kerja itu juga dijadikan sebagai manifesto untuk mendekati rakyat sekali gus mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di peringkat Bahagian mahupun Cawangan.
Oleh itu, beliau menyeru kepada ahlinya di semua peringkat akar umbi agar menggunapakai Sistem Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam usaha menambah baik gerak kerja Jalinan Rakyat ini. Demikian juga dalam Pasukan Skuad Sayang pula, Armani menyeru agar skuad kebajikan itu ditubuhkan di setiap Bahagian dan Cawangan. “Projek ini merupakan jenama baru Wanita Barisan Nasional yang diilhamkan oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil bagi melaksanakan kerja-keraja kebajikan, kesukarelaaan sebagai menepati hasrat parti serta memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.


No comments:
Post a Comment